Ada tiga bentuk Inovasi. PSJ. Produk. Sistem dan Jenama.
.
Kita keluarkan PRODUK baru. Produk yang lebih baik. Produk yang lebih terkini. Disukai. Manusia mudah cinta pada kesan kebaharuan dan kesan kekinian.
.
Mungkin berikan watak pada produk. Berikan cerita. Bercerita dengan mengindahkan rasa mahu kepada watak.
.
Kita ubahsuai SISTEM. Jadikan ia lebih baik. Jadikan ianya lebih memudahkan. Jadikan ia lebih cepat.
.
Jadikan ia lebih dipercayai. Facebook adalah contoh terbaik bagaimana mereka merekacipta sistem bagi memudahkan manusia berkomunikasi.
.
Kita berikan JENAMA baru. Jenama yang lebih menangkap jiwa. Tuan Nik Hasyudeen menambah perisa memberi pukulan kepada saya, "Macam “mung” pakai baju Hacket. Ia baju biasa yang menggoda orang yang gila jenama macam mung".
.
Demikian-lah apabila kita berbicara tentang satu satu perkara. Usah sekadar sebut satu perkataan. Umpama, apabila orang tanya, apakah cara mahu berjaya. Kita jawab, fokus, yakin dan berusaha.
.
Perkataan itu sekadar perkataan apabila kita tidak beri makna. Perkataan perlukan penjelasan supaya khalayak yang bertanya mudah faham.
.
Rumus kata apa yang NHY sampaikan. PSJ. Demikian lah Tuan Nik Hasyudeen memberikan makna kepada sesatu perkara. Ia cermin kepada kepakaran beliau.
**
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".
No comments:
Post a Comment