Untuk lakujual apa yang kita pasarkan, perlu pada ketidakseimbangan pasaran. Kita tidak boleh bersaing pada pasaran yang seimbang. Kita akan tewas mudah pada "budak budak besar" dalam pasaran.
.
Apakah empat kaki yang boleh kita gunakan? Ianya adalah IMHH. Inovasi, Memudahkan, Hubungan dan Harga. Antara 4 kaki ini pilih satu yang paling kita kuasai. Kemudian pilih yang kedua.
.
Usah mahu kuasai semua 4 perkara. Kita telusuri satu persatu.
.
NHY beritahu, INOVASI adalah kita cipta atau bina atau tawarkan sesuatu yang baru dan bersinar. Tiada lagi orang jual seperti itu. Ia mungkin perkara sama macam dahulu, cuma ia berwajah baru. Ia tetap dianggap baru.
.'
Kita dilihat sebagai satu satu pembekal yang ada. Tidak terjual ditempat lain.
.
MEMUDAHKAN. Perilaku pelanggan adalah mereka mahu jimatkan masa, wang dan tenaga. Apabila kita berada pada tempat yang betul dan pada masa yang betul, kita menguasai pasaran.
.
HUBUNGAN. Bina hubungan berkuasa tinggi dengan pelanggan. Kemahiran Kemanusiaan itu penting. Ia melangkaui segala kemahiran teknikal dan konseptual yang kita punyai.
.
HARGA. Ini hanya boleh kita gunakan apabila kita ada kuasa "budak besar" untuk merendahkan harga. Apabila kita tiada kuasa itu, tumpukan pilihan pada tiga kaki yang diatas.
.
Demikian-lah ceritanya. Saya permudahkan apa yang Tuan Nik Hasyudeensebut dalam bahasa korporatnya, "The Four Drivers For A Market Imbalance"
**
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

No comments:
Post a Comment