Tuesday, 10 May 2016

APA NIK HASYUDEEN KATA? 14/120

.
Saya beritahu Tuan NHY jelas dan nyata. Usah dikenali semua usahawan. Usah turun ke gelanggang tatkala artis pun turun berkongsi ilmu keusahawanan. Pilih hanya 10 syarikat setahun.
.
"You don't need everyone". "famous for a small number of people".
.
Mudah. Tuan Nik Hasyudeen Yusof adalah rakan sekelas saya di MRSM Pengkalan Chepa (1978-1982). Tatkala saya adalah Public Speaking Guru. Tuan NHY adalah Corporate Management Guru. 


.
BIODATA CORPORATE MANAGEMENT GURU INI.
.
Dia belajar di Australia sebaik tamat SPM dalam bidang perakaunan. Dia akauntan bertauliah. Balik ke Malaysia beliau mengasaskan Hasyudeen & Co.
.
Kemudiannya bersama rakan kongsi mengasaskan KHR, antara syarikat perakaunan milik Melayu yang terbesar di Malaysia. Beliau juga kemudiannya mengasaskan syarikat perunding bisnes bagi mengendalikan program consultancy.
.
Tuan NHY adalah Presiden Institut Akauntan Malaysia, satu badan mengawal selia profesion perakauanan di Malaysia. Seorang yang dihormati integritinya oleh pengamal perakaunan di Malaysia dan luar negara.
.
PENCAPAIAN DAN PENGALAMAN KORPORAT.
.
Dalam bidang korporat berikut adalah sebahagian dari kerja buat Tuan NHY:
1. Ahli Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat, jawatankuasa yang ditubuhkan oleh BANK NEGARA MALAYSIA (Sejak Mei 2009)
2. Ahli Jawatankuasa Penyenaraian BURSA MALAYSIA (Dari Mei 2008 hingga Mei 2010; kemudian meninggalkan tempat ini untuk menubuhkan Lembaga Pemantauan Audit)
3. Pengarah DANAJAMIN MALAYSIA BERHAD, sebuah syarikat insurans jaminan korporat yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia dengan modal berbayar sebanyak RM 1 bilion (Dari Mei 2009 hingga Mac 2010; kiri untuk menubuhkan Lembaga Pemantauan Audit)
4. Pengarah PNB DEVELOPMENT Sdn. Bhd, sebuah syarikat pembangunan hartanah yang dimiliki oleh syarikat unit amanah terbesar yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. (Dari April 2009 hingga Disember 2010; kiri untuk menubuhkan Lembaga Pemantauan Audit)
.
5. Tuan NHY berpengalaman luas. Beliau adalah Profesor Adjunt di UNIVERSITI MALAYA dan terlibat juga dengan Fakulti Pengurusan Perniagaan UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
.
Banyak lagi pencapaian hebat Tuan NHY ini. Inilah "GURU BESAR Pengurusan Dunia Korporat". Beliau mendapat sijil jurulatih dari Marshall Goldsmith pakar perunding pengurusan no 1 di Dunia., "Marshall Goldsmith Stakeholder Centered Leadership Coaching. Marshall Goldsmith Leaders of the Future 360 Assessment”
.
Orang sehebat ini tidak perlu keluar dalam mana mana program terbuka. BAGI 10 SYARIKAT YANG BAKAL TERPILIH. TAHNIAH.
.
Alhamdulillah kami telah berjaya menarik dan meminta beliau untuk berkongsi membedah syarikat terpilih bagi menambah-baik sistem dan proses perniagaan termasuk pengurusan kewangan syarikat syarikat yang terpilih supaya dapat menggandakan dari prestasi pencapaian jualan semasa dengan urus bisnes cara korporat. .
.
InshaAllah.
‪#‎urusbisnesgayakorporat‬

** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 13/120

.
Ada tiga bentuk Inovasi. PSJ. Produk. Sistem dan Jenama.
.
Kita keluarkan PRODUK baru. Produk yang lebih baik. Produk yang lebih terkini. Disukai. Manusia mudah cinta pada kesan kebaharuan dan kesan kekinian.
.
Mungkin berikan watak pada produk. Berikan cerita. Bercerita dengan mengindahkan rasa mahu kepada watak.
.
Kita ubahsuai SISTEM. Jadikan ia lebih baik. Jadikan ianya lebih memudahkan. Jadikan ia lebih cepat.
.
Jadikan ia lebih dipercayai. Facebook adalah contoh terbaik bagaimana mereka merekacipta sistem bagi memudahkan manusia berkomunikasi.
.
Kita berikan JENAMA baru. Jenama yang lebih menangkap jiwa. Tuan Nik Hasyudeen menambah perisa memberi pukulan kepada saya, "Macam “mung” pakai baju Hacket. Ia baju biasa yang menggoda orang yang gila jenama macam mung".
.
Demikian-lah apabila kita berbicara tentang satu satu perkara. Usah sekadar sebut satu perkataan. Umpama, apabila orang tanya, apakah cara mahu berjaya. Kita jawab, fokus, yakin dan berusaha.
.
Perkataan itu sekadar perkataan apabila kita tidak beri makna. Perkataan perlukan penjelasan supaya khalayak yang bertanya mudah faham.
.
Rumus kata apa yang NHY sampaikan. PSJ. Demikian lah Tuan Nik Hasyudeen memberikan makna kepada sesatu perkara. Ia cermin kepada kepakaran beliau.



** 

Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".



APA NIK HASYUDEEN KATA? 12/120.

.
Untuk lakujual apa yang kita pasarkan, perlu pada ketidakseimbangan pasaran. Kita tidak boleh bersaing pada pasaran yang seimbang. Kita akan tewas mudah pada "budak budak besar" dalam pasaran.
.
Apakah empat kaki yang boleh kita gunakan? Ianya adalah IMHH. Inovasi, Memudahkan, Hubungan dan Harga. Antara 4 kaki ini pilih satu yang paling kita kuasai. Kemudian pilih yang kedua.
.
Usah mahu kuasai semua 4 perkara. Kita telusuri satu persatu.
.
NHY beritahu, INOVASI adalah kita cipta atau bina atau tawarkan sesuatu yang baru dan bersinar. Tiada lagi orang jual seperti itu. Ia mungkin perkara sama macam dahulu, cuma ia berwajah baru. Ia tetap dianggap baru.
.'
Kita dilihat sebagai satu satu pembekal yang ada. Tidak terjual ditempat lain.
.
MEMUDAHKAN. Perilaku pelanggan adalah mereka mahu jimatkan masa, wang dan tenaga. Apabila kita berada pada tempat yang betul dan pada masa yang betul, kita menguasai pasaran.
.
HUBUNGAN. Bina hubungan berkuasa tinggi dengan pelanggan. Kemahiran Kemanusiaan itu penting. Ia melangkaui segala kemahiran teknikal dan konseptual yang kita punyai.
.
HARGA. Ini hanya boleh kita gunakan apabila kita ada kuasa "budak besar" untuk merendahkan harga. Apabila kita tiada kuasa itu, tumpukan pilihan pada tiga kaki yang diatas.
.
Demikian-lah ceritanya. Saya permudahkan apa yang Tuan Nik Hasyudeensebut dalam bahasa korporatnya, "The Four Drivers For A Market Imbalance"




** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".


Friday, 6 May 2016

APA NIK HASYUDEEN KATA? 11/120.

.
"Apa yang mung nampak setelah keluar dari bisnes kontrak kerajaan dan melihat mereka yang berjaya dipasaran terbuka" tanya Tuan NHY.
.
Saya jawab, "apa yang aku nampak mereka bina pasaran sendiri terpisah dari pasaran umum. Mereka tidak berkempen kepada semua orang. Mereka hanya bina pasaran sendiri sahaja".
.
Mereka kalis inflasi. Dalam ekonomi bagaimana sekalipun mereka akan survive. Rekod pelanggan tegar dan bakal pelanggan merea besar.
.
Ia bukan perkara baru. Warren Buffet telah buktikan falsafah kejayaan ini melalui Berkshire Hathway. Kereta Ferrari umpamanya mempunyai banyak permintaan namun ia bukan dibuat untuk semua orang.
.
DAO dan Haji Jerry Zafrul Rizal Mat membuktikan melalui program ajuran Richworks.
.
Ada tiga perkara yag dapat saya ringkaskan sebagai contoh awalan bagaimana mereka beroperasi dalam kaedah ini .
# 1. Mereka bina "raving fans". Peminat Tegar.
# 2. Mereka bina budaya tersendiri di kalangan orang orang ini yang setia pada bisnes, pada produk, pada personaliti dan pada falsafah yang mereka bawa. Dalam kes DAO, pada "Puak Kaya dan Berjaya".
# 3. Mereka pisahkan orang orang ini dari industri, pisahkan dari pasaran dan jadikan mereka sebahagian dari "sesuatu yang sungguh istimewa". Dalam kes DAO - dari IMKK, MMM kepada Platinum dan Titanium.
.
Mereka bina "pasaran sendiri" tatkala orang lain bergelut mahu bersaing".
.
"Baik" jawab Tuan NHY.
.
Saya sambung,"Aku menunggu masa untuk duduk bincangkan akan tajuk ini dengan Tuan Dr Wan Yusof Wan Jeffery, "Ketua Geng Kak Mona"- Pengarah Urusan Monalisa Mastura yang syarikatnya telah keluar dari tahap SME dan dengan Cikpuan Shakirah Abdul Karim, pakar Google Malaysia, bagi memahami bagaimana ASTRO membina Tribe diawal mereka bertapak.

** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 10/10

.
ENAM KANDUNGAN PENGURUSAN DALAM PENGURUSAN KORPORAT.
.
Apakah dia pengurusan korporat?
.
Apabila kita ada sebuah gerai burger, kita boleh uruskan sendiri. Apabila kita ada dua, tiga malahan berpuluh gerai di pelbagai tempatm kita kehilangan punca bagaimana mahu menguruskannya.
.
Kita kena gaji orang, membeli bekalan dengan pukal, menjamin kualiti burger, menguruskan duit masuk dan keluar dan bermacam-macam hal lagi. Apabila perniagaan mula membesar, cara pengurusan juga perlu berubah.

Guru Besar Pengurusan Korporat

.
Perlu ada:
# 1. Pengurusan strategi agar semua orang yang terlibat tahu matlamat perniagaan kita.
.
# 2. Pengurusan manusia kerana ramai orang akan terlibat menjalankan pelbagai fungsi bagi mencapai matlamat perniagaan.
.
# 3. Pengurusan pemasaran bagi mempastikan barangan atau perkhidmatan kita menepati citarasa pelanggan dan agar jenama kita mendapat tempat di hati mereka.
.
# 4, Pengurusan operasi bagi mempastikan proses pembelian, pembuatan dan perkhidmatan berjalan seperti yang kita mahu. Ini termasuk menggunakan teknologi yang bersesuaian.
.
# 5. Pengurusan kewangan kerana perniagaan kita perlu modal yang cukup, aliran tunai yang baik serta keuntungan yang munasabah.
.
# 6. Pengurusan perundangan dan peraturan bagi mempastikan perniagaan kita dijalankan selari dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
.
Tambahan dari itu , perlu ada tiga perkara bersama iaiatu, 1. strategi yang jelas, 2. pasukan yang mantap serta 3. sistem, proses dan protokol yang mengembeling pasukan kita untuk berkerja dan menerbitkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu.
.
Di atas kesemua ini perlu ada sistem tadbirurus bagi mempastikan risiko perniagaan terkawal dan sistem kawalan dalaman yang efektif.
.
Kesemua diatas mesti dipandu oleh usahawan dan pengurusan yang kompetan serta mempunyai integriti yang tinggi.

** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 9/10.

.
Cuba "mung royat" sikit? Beritahu saya kepada Tuan Nik Hasyudeen. 
.
Dia jawab, "mung kena beza antara "vital" dengan "functional"". "Orang berharga dengan orang berusaha". "Situasi mung aku tengok selalu jadi orang yang berusaha. Selalu buat kerja teruk menyudahkan banyak perkara. Mungkin sebab training awal mung mula kerja sebagai "Executive Assistant" kepada Chairman. Tukang buat segala kerja".
.
Tuan Nik Hasyudeen beritahu, mereka yang berusaha akan ada tempat selagi tiada orang yang lebih bagus datang dan isi tempat itu. "Mung hanya-lah satu cara dalam selesai masalah. Mung kena jadi satu satunya cara untuk selesaikan masalah itu".
.
Ini memeningkan kepala. Sambung NHY, "Mung adalah pelaksana. Penyudah penyelesai satu set kepada proses".
.
"Jadi "vital". Jadi orang berharga. Kaitkan diri dengan hasil. Bukan proses".
.
Saya jawab, "Pening aku Chudd (panggilan saya pada NHY).
.
Tuan NIk Hasyudeen, "Itu sebab kita mesti berfikir Gaya Korporat. Bukan Gaya Towkay. Mahu buat semua perkara". "Guna otak korporat, bukan guna tenaga kudrat".


** 

Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

Wednesday, 4 May 2016

APA NIK HASYUDEEN KATA? 8/120.

.
Fikirkan begini. Ada 20 orang dalam pasukan. Rentas sempadan. GSB. Global Small Business.
.
Sekadar contoh bagaimana GSB boleh berfungsi :
.Seorang atau dua MIC. Mentor. Introducer. Connector.
.
6 orang pada Marketing and Sales. Integrated Marketing, guna sepenuhnya Media Sosial dan Teknologi.
.
9 orang pada Operations.
.
3 orang pada Finance.
.
Niches. Fokus pada kelompok yang mahu. Galian dalam kumpulan yang terpilih. Menepati konsep "Tribe" yang Seth Godin lakukan.
.
Saya mencelah pendek, "Inilah yang DAO dan Tuan Jerry Zafrul Rizal Mat lakukan pada Richworks".


** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".


APA NIK HASYUDEEN KATA? 7/120.


Guru Pengurusan Korporat


Puan Ainon Mohd mencadangkan kepada saya memberi pencerahan berkenaan "tacit knowledge". Saya akan cuba walaupun saya bukan pakar di bidang ini.

Tacit knowledge adalah pengetahuan yang sukar dilakar untuk diajar. Ianya berbeza dengan "explicit knowledge" yang boleh, umpamanya, dibukukan.

Cara tacit knowledge diperturunkan adalah melalui proses "externalisation" iaitu pemiliknya menyerlahkan ilmu ini kepada orang lain melalui interaksi yang berterusan.

Kaedah ini digunakan di dalam bidang professional. Doktor yang masih di dalam Housemenship akan mengikut doktor pakar dan memerhati cara doktor pakar tersebut melayan pesakit. Pelatih akan juga disuruh melakukan tugasan dan akan diperbetulkan oleh doktor pakar. Lama-kelamaan, ilmu tacit dari doktor pakar akan dapat dipindahkan kepada doktor pelatih.




** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 6/120.

.
Kita tinggalkan kejap apa yang perlu tiga orang lagi itu buat dalam team brempat itu. NHY beritahu, ada tiga lapisan dalam branding -penjenamaan bisnes kita.
.
Pertama, pada tahap produk. Ini biasa kita lihat. Semua produk atau khidmat ada jenamanya. Kemudian pada lapisan kedua, syarikat. 
.
Reputasi syarikat itu. Penting untuk dilihat orang dan diketahui akan kewujudannya. Lapisan terakhir, siapa? Siapakah peneraju. Wataknya siapa.
.
NHY pelik ramai orang muda buka syarikat tidak mengambil MIC sebagai watak. Mentor, Intoducer, Connector sebagai "ubiquitous brand". Mereka yang terkenal dengan reputasi baik terutama dalam era media sosial sekarang.
.
Kata kuncinya PCP .
Product Brand. Company Brand. Personality Brand.



** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".


APA NIK HASYUDEEN KATA? 5/120.

.
Kita telah bincang awal watak dan peranan apakah yang perlu dalam Team itu? Dia adalah:
.1. Mereka yang Berpengaruh. Mentor, Introducer dan Connector. 
. 2. Ketua Pasukan Pemasaran dan Jualan.
. 3. Ketua Pasukan Operasi dan Produk.
. 4. Ketua Pasukan Kewangan, Logistik dan Lapuran.
.
Pada posisi nombor satu itu kita panggil Guru Besar. Dalam team ABS jawatan itu diisi oleh Mem Besar, Puan Guru Puan Ainon Mohd sendiri.
.
Apakah ciri ciri Guru/ Mem Besar itu? Ini perkara yang saya dan NHY bincangkan dengan terperinci sampai habis jus mangga gelas besar kami minum.
.
Ianya lima ciri utama:
#1. Telah disebut sebagai mampu berkomunikasi aras tinggi. Sebutan jelas dengan penyebutan sepatah patah. Ini ilmu Pitching. Sesuatu yang ditekan perlu oleh Tuan Norizan Bin Sharif - Komunikasi Eksekutif.
.
# 2. Upaya menulis artikel, lapuran, report mahupun dalam Blog dan FB.Kebolehan menulis dengan kerap dan sedia berkongsi.
.
# 3. Upaya berfikir dan membawa idea menjangkaui tahap kebisingan semasa. Bukan asyik terpalit membahas isu semasa. Keluar dari kerangka dan mempunyai "leverage" tahap tinggi.
.
# 4. Upaya membawa dari ada serelung kepada mempunyai "berelung relung". Caranya - ada upaya untuk mewujudkan perkongsian pintar. Apa yang selalu disebut dalam dunia korporat "Strategic Alliance".
.
# 5. Upaya kelima adalah PSO. Producttized Service Offerings. Apabila kita faham satu satu perkara dengan baik dan dapat mengambil Ibrah (Insights) sekurang kurangnya 20 perkara, bagaimana kita mahu menukar ia menjadi "produk" yang di mahui ramai orang.
(Nota: PSO ini akan dapat kita kuasai apabila kita melatih diri untuk cungkil 20 Insights sepanjang masa. 10 adalah biasa. 20 memerah otak untuk bekerja segera).


** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 4/120.

.
Kami berbincang panjang. Masa kami di MRSM dahulu, Industrial Revolution. Kami dididik untuk bekerja dengan syarikat besar. Hanya syarikat besar yang berkuasa tinggi.
.
Dunia berubah. 35 tahun kemudian, era baru muncul. Entrepreneur Revolution. Revolusi baru ini melahirkan usahawan.
.
Usahawan bagaikan Panglima Perang. Dia tahu kesan dan akibat sebelum turun ke medan. Usah “perdajalkan” usahawan dengan rasa takut. Rasa takut telah dipindahkan kepada berani.
.
Apakah yang mengubah senario ini? Teknologi. Teknologi. Teknologi.
.
Syarikat kecil boleh melakukan semua perkara yang syarikat besar lakukan. Malah buat lebih lagi. Syarikat kecil ada semangat. Ada pasukan yang ambil berat.
.
Kenal pelanggan dan boleh memuliakan mereka. Boleh bertindak cepat dan segera. Semua orang boleh bersuara. Suasana bekerja pun lebih seronok.
.
Tuan Nik Hasyudeen berkata apabila syarikat mempunyai bilangan pekerja lebih dari 150 orang, mereka telah mula kurang bersapa dan tidak kenal anggota dan tiada semangat berpasukan sebaliknya tumpuan adalah kerja kerja semata.
.
Dalam kata lain, saya ringkaskan, TRIBAL FEELING itu sudah hilang.



** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 3/120

.
POPULAR ITU PENTING.
.
Bukan popular untuk berjuta manusia. Tidak perlu jadi artis. Luar bahagia, dalam derita.
.
Ada 500,000 aktor dan aktress di Amerika Syarikat. Hanya 5000 sahaja yag dapat mencari penghidupan. Hanya 1 dalam 100.
.
Apakah punca 99% lagi tidak mencapai tahap pembeza? Apa yang terjadi pada 5000 orang itu?
.
Hanya 20% sahaja dari yang 1% itu yang peroleh pendapatan berjuta setahun. Dalam kata ringkas hanya 1000 dari 500,000 itu?
.
Sama seperti mereka yang buat produk. Dari 50,000 yang buat produk terkilang - hanya 10 orang sahaja survive dan datang membuat pesanan buat produk untuk kali yang seterusnya.
.
FAKTOR PEMBEZA itu-lah yang kerap saya bincangkan dengan Tuan Nik Hasyudeen, Guru Pengurusan Korporat yang kita hormati ini.



** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA? 2/120

.
Bermula apabila kita ada team dan telah susun posisi. Marketing, Operation dan Finance.
.
Ianya boleh diakronim ringkas untuk diingat. MOF. Sebagai Influencer, Introducer dan Connector, tugas uatama "Guru Besar" adalah menjual wawasan. Cerita yang ada wawasan jelas akan mudah kekal dalam ingatan.
.
Seorang dianggap "Guru Besar" apabila ada kemahiran dalam 5 perkara utama. Pertama, ada "pitching skills". Komunikasi persembahan yang baik untuk tarik PFS.
.
PFS adalah partners - rakan rakan kongsi dalam syarikat subsidiari yang bakal dibangunkan. F adalan Funding. Dana permodalan. Sales iaitu jualan segera untuk syarikat ada aliran tunai untuk terus bergerak.



** 
Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".

APA NIK HASYUDEEN KATA?

.
Nik Hasyudeen Yusoff adalah kawan akrab. Mulai hari ini saya akan menulis apa yang NHY beritahu saya. Ianya tentang pengurusan korporat.
.
Ianya ringkas. Bukan mudah. Ia penting untuk untuk dikongsi supaya Generasi baru faham apa itu ilmu bisnes dan pengurusan korporat.
.
Kita mulakan secara bersiri sebanyak 120 siri, kata kata ringkas Pengurusan Korporat ini bawa tajuk APA NIK HASYUDEEN KATA? Ianya catatan minda masa kami berbincang di kedai mamak.
.
=============================
.
SIRI 1/120.
.
Bermula dengan pasukan- TEAM. Dalam Team mesti bermula dengan 4 orang. Pertama mereka yang berpengaruh. Introducer dan Connector kepada team tersebut. Ini "Guru Besar"
.
Kedua, Ketua kepada Bahagian Jualan dan Pemasaran
.
Ketiga, Ketua kepada Bahagian Operasi.
.
Keempat, Ketua kepada Bahagian Kewangan.
.
Apabila ada empat orang ini dalam pasukan- bergerak segera sekarang. Kita telah ada TEAM.



** 

Tips Pengurusan Bisnes Gaya Korporat oleh Guru Pengurusan Korporat, Tuan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Petikan dari "Roslan tanya Hasyudeen Jawab".